30 November 2008

Ilusi dan Realiti Taj Mahal



SIAPA yang tidak kenal kisah keagungan dan kehebatan bangunan Taj Mahal di Agra, India. Kisah yang menceritakan betapa luarbiasanya kisah cinta Maharaja Shah Jahan (1616-1666) kepada isterinya yang ke lima (?) Mumtaz Mahal membina monumen peringatan pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648. Pada tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Tetapi hari ini, realiti Taj Mahal juga tidak kurang hebatnya seperti aksi Bollywood yang penuh tragik, peristiwa berdarah, senjata dan letupan bom di sana sini. Sehingga mengorbankan 140 nyawa sebagai aksi ganas yang tidak tahu punca sebenar. Sementara pasukan komando sedang berhempas pulas dengan misi menyelamatkan tebusan dan menghapuskan pengganas (andaian bahawa ia kumpulan pengganas Islam dan ada rangkaian dengan Pakistan).

Ikuti tulisan MJ Akhbar, bekas Ahli Parlimen dan Penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi juga Pengarang Pengasas The Asian Age dan Felo Persatuan Masyarakat Asia. Project Syndicate 2008 di Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20081128224711/Article) yang mengaitkan realiti aksi pengganas dan punca meletusnya pertempuran tersebut.

Saya ringkaskan antara punca meletusnya peristiwa berdarah itu ialah:

  1. Kemiskinan berlaku di kalangan orang Islam Mumbai.
  2. Ketidakadilan agihan ekonomi di India.
  3. Rasuah berleluasa.
  4. Kerjasam dengan rangkaian pengganas.
  5. Kegagalan pihak berkuasa India menghidu pengganas.
  6. Salah urus tadbir dan politik.

Betapa aksi ganas sudah tidak mengenal mampu dibendung kiranya dibiarkan berlarutan sehingga dendam sudah tidak lagi dapat ditahan. Apakah hari ini nyawa sudah tidak berharga sehinggakan boleh menjadi pertaruhan untuk menunjukkan keluarbiasaan (kedangkalan, kebengapan) sebagai tanda dendam sudah tidak lagi boleh disembunyikan. Semoga tanahair bumi bertuah Malaysia tidak menjadi ilusi dan realiti sehebat Taj Mahal.

1 comment:

MAZEMIE MAZ said...

salam,

kita kena ingat, pabila sekali sesebuah negara itu berlaku huru-hara yg besar (mungkin juga kecil) , maka huru hara itu akan terus berlaku dan teramat sukar dipulihkan kembali.
Lihatlah beberapa negara yg sudah huru hara dari dulu hingga kini... berterusan dan berterusan..