02 November 2008

Pendekatan Bisnes Untuk Berjihad





Rahisam Ramli

TOKOH korporat yang menghiasi kulit depan Majalah Al-Islam keluaran Ogos 2008 yang lalu, Tan Sri Muhammad Ali Hashim Naib Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia menjadi model usahawan Muslim yang menjadikan bisnes sebagai wadah untuk meninggikan syiar Islam. Begitulah juga faedahnya yang signifikan kepada seluruh umat Melayu Islam di Malaysia yang ketika ini sedang tercari-cari halatuju untuk menjadi Khairo Ummah (umat yang terbaik).

Selain itu saya turut mengupas persoalan apakah GLC sudah berperanan menjadi peneraju ekonomi bumiputera yang bertajuk "Wajibkan GLC Bayar Zakat" bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pakar UKM, Profesor Madya Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa mengenai peranan GLC dalam membantu meningkatkan kutipan zakat sebagai instrumen ekonomi umat Islam di Malaysia.

GLC sebagaimana yang tercatat di dalam laporan kewangan mereka mempunyai nilai keuntungan yang mencecah berbilion ringgit, maka yang menjadi isunya adakah mereka turut mengeluarkan zakat perniagaan hasil keuntungan mereka? Akta Syarikat 1965 menjadi bahagian penting agar dapat dipinda dengan mewajibkan mereka mengeluarkan zakat perniagaan.

Inilah sebenarnya konsep Jihad Bisnes yang mampu menyelesaikan kemelut ekonomi dan dasar pengagihan kekayaan yang lebih adil di Malaysia.

2 comments:

Unknown said...

ini akibat dari terlalu bergantung pada pihak ketiga. sepertimana bergantungnya sarang labah2, amat mudah dimusnahkan....


Al 'Ankabuut:41.

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui.

Anonymous said...

jadi mari lah kita beramai2 menjadi pelopor dalam bisnes kerana umat islam sekarang dimomokkan dengan makanan yang dibekalkan oleh masyarakat bukan islam,masyarakat islam seharusnya memenuhi fardhu kifayah dalam menyediakan pelbagai produk halal untuk umat islam