26 November 2008

YOGA vs Kredibiliti Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan


KEPUTUSAN muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (JFMK) terus menjadi bahan pertikaian dalam media massa. Terkini, keputusannya mengharamkan YOGA kepada umat Islam (dengan alasan dan hujah) tidak terlepas dari polemik orang ramai.

    Oleh kerana isu-isu semasa yang melibatkan pemutusan hukum syarak seringkali menjadi perhatian orang ramai, maka ada pihak-pihak tertentu yang masih tidak berpuashati dengan keputusan Majlis dengan pelbagai pandangan peribadi. Kredibiliti JFMK menjadi medan perbincangan sehinggakan ada yang pula terlebih pandai dari jawatankuasa fatwa sendiri.

    Perlu diingat bahawa JFMK memutuskan sesuatu keputusan melalui muzakarah atau perbincangan detail melalui jawatankuasanya yang terdiri daripada 22 ahli yang pakar dalam pelbagai bidang syariah Islam (boleh rujuk senarai nama di http://www.islam.gov.my/informasi/jawatankuasafatwakebangsaan.html ) Sudah tentu keputusan yang dibuat adalah menurut metodologi kajian yang detail dan bukan secara sambil lewa.

    Antara isu-isu yang telah diputuskan oleh jawatankuasa JFMK antaranya:

  1. Caj Pinjaman Tabung Pendidikan Negara
  2. Pelaburan saham dalam ASB dan Asn
  3. Pengharaman Pengkid
  4. Isu mubahalah
  5. Penggunaan Dakwat khas untuk pilihanraya
  6. Botox


     

Apa yang menjadi kebimbangan kini ialah apabila segala keputusannya bukan cuba difahami tetapi lebih kepada usaha untuk menunjukkan bahawa JFMK telah membuat keputusan yang tidak tepat. Kini insitusi JFMK sendiri yang menjadi sasaran bahan perdebatan dan bukannya isu utama dalam keputusan yang dibuat. Perdebatan ini bukan sahaja dibuat oleh orang bukan Islam malahan orang Islam sendiri yang cuba menggugat kredibilitinya sebagai insitusi utama dan rujukan untuk umat Islam.

 

Sekadar bertanya-apakah kita lebih 'Alim dan layak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan?

2 comments:

Pok Li said...

Apabila sampai zamannya pengikut sudah tidak menghormati pemimpin dan apabila orang jahil mempertikaikan orang alim. Lihat nanti kebobrokan dunia itu.

Unknown said...

Kita menyoalkan bila kita tidak tahu, perlu ada pendedahan dari JFMK dan penjelasan yang terperinci bagi menambah kefahaman masyarakat tentang kenapa pengharaman tersebut. Bukan sekadar meletakkan fatwa haram atau halal, tetapi penguatkuasaan.

Rokok? Arak? Judi? Zina? dan ketika ini masih berlambak2 penkid di shah alam...???

;-)