02 December 2008

Ungku Aziz profesor kain sarung?


SIAPA tidak kenal dengan Pak Ungku Aziz (Profesor DiRaja Ungku Aziz), penerima Anugerah Merdeka 2008 bagi Kategori Pendidikan dan Komuniti yang banyak mengkaji tentang kemiskinan di kalangan Melayu. Pernah digelar sebagai Profesor Kain Sarung (mengukur kemiskinan dengan menggunakan indeks kain sarung yang mampu dimiliki oleh si Miskin).

Bermula di Ulu Tiram pada tahun 1963, sehingga ke hari ini, beliau sudah membuat kajian kemiskinan di seluruh negeri mendapati signifikan 2M (Melayu + Miskin).

Hasil kajiannya mendapati:

  1. Melayu bernasib baik jika dapat makan nasi sekali sehari.
  2. Lempeng makanan ruji Melayu.
  3. Penduduk Pantai Timur lebih dahsyat kerana ada kes kebuluran.
  4. Menoreh getah pekerjaan utama si Miskin.
  5. Makanan mempengaruhi tumbesaran penduduk.
  6. Si Miskin terdedah kepada kekurangan zat makanan.
  7. 95 peratus mangsa banjir ialah Melayu..(kerana tinggal di kawasan yang berisiko).

Hari ini harga minyak sentiasa dilaporkan akan turun serendah-rendahnya kerana memang itulah yang kita nanti-nantikan. Tetapi tahukah kita bahananya harga minyak turun ketika kini?

Harga kelapa sawit dan getah juga turun serendah mungkin sehingga menjadikan orang Melayu yang mendominasi peneroka dan penoreh sudah tidak boleh menampung kehidupan harian. Hipotesis saya-harga minyak turun menjadikan Melayu Makin Miskin. Mungkin 3M lebih tepat (Minyak+Melayu=Miskin).


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

7 comments:

Pok Li said...

Delima Melayu yang masih belum terungkai sepenuhnya. Adakah kerana tamadun Melayu tidak 'setua' tamadun kaum lain, sehingga sukar merencanakan perubahan sikap kepada seluruh kaum Melayu dalam menghapuskan kemiskinan, persoalan yang memerlukan jawapan....

lil queen of heart said...

melayu makin miskin??? tpaksa dtelan even pahit.. coz itu faktanya, livin in penang lg lg la terasa.. smp bl dilema nie akan berterusan, mharapkn pemimpin ttp keadaan politik pun makin runcing.. kemana arah tuju melayu??? "TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA" kata2 Hang Tuah pahlawan melayu dulu, mmg tak kan hilang tp akan terus terperosok dibawah, dikategorikan kelas ketiga dan mcm2.. sebagi belia bangsa melayu, sy akan trus berusaha majukn bangsa sy, wpun lmbt tp akn sy usahakan.. bermula dgn diri sy dulu.. amin.. pljr duus5 ktiam

MAZEMIE MAZ said...

salam Tuan Rahisam,

Sebenarnya Melayu terlalu banyak menyerah, terserah dan berserah.

Dalam masa yang sama, mentaliti dan malas juga ada kaitan dengan Melayu.

Maka bolehlah ditambah jadi 5M (Minyak + Melayu + Malas + mentaliti = Miskin).

Unknown said...

Sdr Rahisam,

Saya rasa ada kemajuan sedang berlaku. Mungkin belum disedari lagi. Berasaskan maklumat drp sykt-sykt penerbit, orang Melayu semakin ramai membeli buku 'self help' dan 'buku panduan' berbanding dengan novel cinta yang memang popular sejak dari dulu. Yang datang ke pameran buku juga semakin ramai. Saya lebih suka melihat dari sudut positif...mungkin ini merupakan tanda bahawa orang Melayu mahu menambahkan ilmu dan memajukan diri

RAHISAM RAMLI said...

Salam
Pok Li- setiap persoalan memerlukan jawapan dan langkah pencegahan yang holistik.

lil queen of heart-Penang sudah lali dengan peminggiran orang Melayu. Kena kuatkan semangat.

Mazemie-desakan agar Melayu bangkit dari dibuai mimpi menjadikan kita lebih sedar bahaya kemiskinan.

Razali-faktor minat membaca genre motivasi kehidupan melegakan kita bahawa Melayu memang perlu lebih bermotivasi.

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

MARDHOTILLAH

:-)

Mohd Nadzri Kamsin said...

Takrifan kemiskinan Prof. Ungku Aziz tidak berapa tepat.

Ada perbezaan ketara kemiskinan Melayu bandar dan Melayu yang tinggal di kampung.