12 January 2009

Ceasefire!!!


Bandar Gaza terus dibedil...Palestin masih berharap gencatan senjata segera.

Palestin    : Kami sudah tiada tempat selamat. Rumah, masjid, hospital, seluruh bangunan diletupkan.

AS : Kami berkecuali..(kecuali Iraq, telaga minyak dan Osama si pengganas.)

Palestin : Kami mahu beribadat dengan selamat dan khusyuk.

AS : Kami berkecuali ..(kecuali perang ini sebagai Crusade (jihad)

Palestin  : Kami hanya ada batu, roket sekadar 1 atau 2 biji.

AS : Kami berkecuali ( kereta kebal, bom fosforus, jet pejuang, kapal kargo untuk menghantar peluru ke Israel..small matter)

Palestin    : Anak-anak kami tidak selamat bermain, pergi sekolah juga menjadi mangsa letupan bom.

AS : Kami berkecuali ( permainan perang memang melekakan, tempat menguji alat perang kami, kamu sebagai sasaran)

Palestin    : Kami merayu gencatan senjata.

AS : Kami berkecuali ( kecuali Barrack Obama..mungkin 20 Januari nanti dia sendiri mengisytiharkan CEASEFIRE!!!)

Palestin    : Kami tidak harapkan AS, Bush, Rize atau Obama untuk bantu kami.

AS : Siapa lagi kalau bukan kami yang menjadi kuasa dunia? Siapa lagi kamu boleh harapkan?

Palestin    : Presiden kami Mahmood Abbas, Hamas, Fatah...yang lain-lain jiran kami.

AS : Dalam hati..(siapa pengganas sebenarnya..mereka juga susah nak CEASEFIRE, lantaklah..)

Palestin    : Gencatan senjata dan kembalilah bersatu umat Islam!!

Watak tambahan OIC (sibuk, sedang buat draf pelan damai) : Sabar, kami tengah buat proposal pelan damai la ni..dah ok nanti kami maklumkanlah di PBB.

PBB (tengah mengira siapa angkat tangan paling tinggi) :    Oh..of course la macam tu, buat pelan tu pelan-pelan (perlahan-perlahan). Apa kata Liga Arab?

Liga Arab (hidung mereka semakin kuat ditarik) :    Kami ikut je..mana yang baik dan menyelamatkan kami, kami sokong 200%. Tapi jangan sampai kami pulak yang kena balun (serang) AS atau Israel.

Palestin     : ...kembali ke rumah mencari ruang bersembunyi, memanggil anak-anak di luar rumah kerana "ceasefire"tidak berhasil.

5 comments:

Afiq said...

salam ustaz...

Beginilah sandiwara dunia...
masing-masing terlalu takut dan mementingkan diri sendiri sehingga saudara sendiri dikorbankan...

Amerika dan Israel pula terlalu kemaruk darah.. tapi tindakan mereka seolah-olah direstui dunia...
Apatah lagi pengaruh mereka terlalu kuat...

Siapakah yang berani dan lantang bersuara? Pasti tiada siapa yg berani...

Di mana hilang punca dan arah tuju... Entah siapakan tahu...
Masing-masing memekak dan membutakan mata mereka...
Hati dan akal terpaku...
Mati dan kelu...
Terbujur kaku...
Nasib saudaraku...

Selagi sikap ini tertanam di dalam umat Islam... sikap TAKUT...
Bagaimana kita hendak bangkit...
Bangkitlah...

p/s : bilakah kemunculan Salehuddin Al-Ayubi Kedua??

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Sykh..Minggu ni nampaknya kita bualkan Palestin jer ..takpe, memang bualan kita tak mempengaruhi pendirian israel pun..israel pun tak kenal kita. Tapi , manfaatnya utk kita.Rasa sedar , menangis..semua tu manfaat kita.Biarpun ia sumbangan paling rendah , penilaiannya Allah.Thanks bg komen, bagus gak..seronok plak buat blog ni.cuma nak try yang baru plak.slow2 la..tentang komen anta tu..sbnrnya bukan soal Allah tak nak tolong org teraniaya.Nabi2 terdahulu berdakwah ratusan tahun pun 20-3- org je yg beriman.Bukan soal Allah tak nak tolong.Ia penilaian berasaskan amal bukan pada hasil amal. Kalau hasil amal yang dikira , ramai jugak nabi2 dulu yang berdakwah tidak byk memberi hasil atau jumlah yg ramai beriman. Allah bagi ganjaran berdasarkan kerja bukan pada hasil kerja. Banyak mana pun hasil yang kita dapat didunia, penilaian nya tetap pada kerja. kerja kuat/ amal banyak tapi tak ikhlas..ganjarannya lain.kerja skit hasil pun skit..tapi ikhlas, mungkin ganjarannya byk.Balasan dunia tidak boleh dijadikan indikator berkatnya kerja dunia kita.Sebab tu cina kaya bukan makna hidup dia berkat..miskin bukan bermakna hidupnya tidak berkat, Kalah dalam perang bukan bermakna tidak berkat dan tiada pertolongn Allah.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Afiq- setiap hari dipaparkan azabnya rakyat Palestin..

Salam syah syeh fad..besar sungguh ujian Allah ni.

Unknown said...

Saya rasa Israel mahu mengambil tindakan sebelum pemerintahan Bush (yang menjadi budak suruhan Israel) berakhir. Diharapkan Obama tidak terpengaruh oleh lobi neoconservative Amerika. Walau apa pun, kita tunggu dan lihat minggu depan. Terlalu ramai yang sudah terkorban dan tercedera. Malangnya negara-negara Islam tidak mempunyai teknologi atau kekuatan ekonomi untuk mempengaruhi peperangan ini.
Pada pandangan saya, negara-negara Islam dan juga Palestin secara kolektif harus mengambil satu langkah ke belakang, mengukuhkan ekonomi dan teknologi sebelum mara ke hadapan lagi dalam segenap segi. Tetapi tiada siapa akan setuju dengan pendapat ini di Arab atau di Malaysia.

Pok Li said...

Bila kah negara Islam mahu bersatu. Penduduk Islam melebihi 1 billion. Yahudi tak sampai pun 10 juta. Begitulah nasib umat Islam apabila menjadi buih.