09 March 2009

Nenek Wan dilayan seperti sampah.


Kajian kemiskinan yang sedang dilakukan oleh saya bersama pelajar Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam mempertemukan dengan Nenek Wan.

Apa yang berlaku kepada Nenek Wan dapat dirumuskan seperti berikut:

  1. Pernah membuat permohonan kad pengenalan baru di JPM tetapi tidak berjaya-alasan JPM namanya sudah tiada ( pelik orang masih hidup tetapi nama di JPM sudah berkubur)
  2. Dapat bantuan dari MAINS sebanyak RM 100 sebulan-itulah yang digunakan untuk menyara hidup makan, minum dan rawatan ke hospital.
  3. Bil air sudah tertunggak sebanyak RM200.
  4. Rumah sewa sudah tidak mampu dibayar RM100 sebulan-diugut akan dihalau jika tidak mahu membayar sewa rumah.
  5. Sedang mengalami penyakit kronk seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.
  6. Menggunakan tongkat untuk bergerak kerana uzur, sudah berumur 76 tahun.

Sila baca di sini. Jerih payah warga emas. Kepada mereka yang bersimpati hulurkan bantuan kepada Nenek Wan, beralamat di Kg Tanjung Sena, Rembau Negeri Sembilan.

3 comments:

Unknown said...

Saya tak faham orang yang proses permohonan tu...tak boleh tolong sikit ke cari jalan penyelesaian...lepas tangan aje.

MAZEMIE MAZ said...

kalau ada akal ada hati, kekalutan tak mungkin terjadi, jln penyelesaian boleh dicari...

MIJI said...

Salam sukses,betul tu Mazemie Maz,apa yg perlu kita lakukan sekarang ialah mencipta tindakan dan bukannya mencipta alasan,kerana budaya mencipta alasan ini banyak merugikan kita,btul x?

jemputlah ke blog saya-
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/