08 March 2009

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara-PPSMI



Perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, ia bertukar menjadi kecoh apabila penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.
Penyokong perhimpunan itu yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang di Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo dan Pasar Seni menjadi sukar dikawal apabila mereka berarak ke Istana Negara kira-kira sejam kemudian.

Bermula dari pekarangan Masjid Negara, kekecohan tercetus apabila ribuan penyokong yang berkumpul bertindak agresif merempuh halangan polis. Mereka berarak sejauh satu kilometer menuju ke Istana menerusi Jalan Syed Putra.

JALAN PENYELESAIAN SEGERA PERLU DILAKUKAN SEBELUM EPISOD AKAN DATANG MENJADI LEBIH PARAH.

4 comments:

mizbi said...

salam ustaz..

berdasarkan bantahan demonstrasi yang dibuat oleh rakyat, seharusnya kerajaan buka mata.

hari ini kita, rakyat boleh berhimpunan secara aman. tapi, kalau kerajaan nak cabar kuasa rakyat, meneruskan ppsmi, saya tak jamin rakyat boleh berhimpun secara aman.

cuma, saya kurang bersetuju dengan fakta ustaz yg mungkin diambil drpd akhbr2 kerajaan yg menytakan 5000 org yang terlibat. saya dpt mklmt direct dr org yang trlibat dgn perarakan bntah ppsmi. lebih drpd 150 ribu orang.

jelaslah, rakyat menolak ppsmi yang menggugat bhs melayu. cuma tindakan polis yang melampau bolehlah disifatkan sbgi tidak berperlembagaan. org ramai berhmpun scara aman. polis lah yang mencetuskan kacau bilau.

suara rakyat, suara keramat..
allahuakbar.

YAYA ZAYRA said...

Salam,
Ustaz, masa perhimpunan ni diadakan saya tsangkut skali dlm jam..lenguh jugak la nak kena tkan klac...smpai da x de minyak keta saya..
Serik jgk kluar aritu tp nak buat camne..bwk adik pegi sogo carik kasut :D..
Cuma saya nak kata perhimpunan ni byk la susahkan org lain...KL ni if satu jln tutup abisla semua KL terbabit...dkt pukul 5/6 ptg camtu baru reda jalan..

p/s: ape2-ape pun rakyat ada hak asasi cuma fikir jela kesulitn yg akn org lain dpt.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Mizbi- makluman angka 5 ribu diambil dr Utusan Online. Mungkin lebih seperti yg dinyatakan oleh Iqbal. Walau apapun rakyat telah memberi kuasa pemerintah, so pemerintah mengambil pendekatan yg berhemah. Jangan asyik berdemontrasi sebagai tanda bantahan-fikirkan kaedah agar anak-anak Melayu maju.

Yaya Nadz-itu pengalaman yg menyeksakan juga.Org KL mcm kamu terpaksa harungi demonstrasi, sy pun takut nk ke KL-kalau habis minyak nnti sy minta tolong kamu je: )

Pok Li said...

Salam MauliduRasul. Mudah-mudahan kita melihat perkara bahasa ini dengan mata yang jernih. Keputusan melewatkan pengumuman persidangan meja bulat memuncakkan penentangan kepada PPSMI. Namun tiadakah kebaikan langsung dari penggunaan Bahasa Inggeris ini. Ada pro dan kontra. Setiap kelompok sewajarnya menyokong antara satu sama lain untuk mencari kebaikan dalam usaha membangunkan bangsa bukannya bagai tolak-menolak antara satu sama lain.