26 May 2009

Mogok lapar atau puasa


Gambar mereka yang berebut wang zakat. Untuk apakah wang tersebut selain daripada membeli makanan?.

Pernah beberapa kali anak-anak kecil saya merajuk tidak mahu makan kerana saya tidak memenuhi keinginan mereka. Meskipun lauk pauk sudah terhidang di depan mata, bila melihat muncungnya mulut dan mata mereka menjeling serta menyorok dibelakang pintu, saya pasti caranya hanya satu-kita janji akan memenuhi apa sahaja kehendak mereka. Tujuan supaya mereka tidak mogok lapar.

Di mana-mana negara , tanyalah kepada sesiapa pun-samada orang bandar atau orang kampung, makanan merupakan sumber keperluan asas yang sangat penting. Tanpa makanan kita tidak mampu bekerja, apatah lagi bekerja adalah ibadat mulia menurut perspektif Islam. Namun begitu, kita disunatkan untuk berpuasa, wajib kepada mereka yang perlu kepada proses pembedahan/perubatan dan hanya diwajibkan berpuasa ketika bulan Ramadhan. Kesemua jenis puasa dalam Islam meskipun berbeza hukum tetapi bertujuan menjaga kesihatan dan mengelakkan kemudaratan.Tujuannya sangat murni-kerana Allah SWT.

Isunya, sama ada mogok lapar (maksudnya tidak memakan seperti lazimnya orang biasa untuk tempoh tertentu sebagai amalan menunjukkan protes/menyampaikan mesej tertentu yang ditujukan kepada pihak tertentu) bukanlah ibadat kerana bukankah ianya boleh menjejaskan kesihatan? Bahkan ia dibuat apabila ada keadaan yang tidak menggembirakan, tanda protes dan jauh dari kemurnian untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Perbuatan yang boleh membawa natijah tidak baik sangat ditegah dalam Islam, apatah lagi yang boleh menjejaskan produktiviti untuk bekerja mencari peningkatan ekonomi ummah. Mogok lapar bukanlah bertujuan untuk beribadat tetapi kepada memenuhi nafsu duniawi semata-mata. Idea ini sangat jauh menyimpang dari paksi kemurnian mensyukuri nikmat Allah SWT dalam pemberian rezeki kepada hambaNya.

Sekadar bertanya-berapa lama kita mampu berlapar-berpuasa juga ada tempohnya, tips dan syarat-syarat berpuasa. Mogok lapar bagaimana?

2 comments:

sakinahsalleh said...

salam...

ustaz rahisam, sy sering membaca blog ustaz...

bnyk info terkini yg org ramai xtau (termasuk sy) bole jd tau...

Jutaan ucapan tahniah pd ustaz...

terima kasih juga di atas maklum balas ustaz n kerana sudi melayari lmn web syarikat tmpt sy berkerja kini...

terima kasih banyak2 ustaz...

teruskanla menyokong serta mendoakan kejayaan sy dunia n akhirat...

sy juga berharap ustaz terus sukses...

dan kerap kali lah update blog ini...

utk sy dan para pembaca mendapat input bernas drpd ustz...
utk masa akn dtg....

InsyaALLAH...(sakinahsalleh)

RAHISAM RAMLI said...

Sakinah-terima kasih, saya menulis blog untuk kita berkogsi ilmu.