Bank terawal dan terbesar di Malaysia. |
Pinjaman (istilah bank konvensional) atau pembiayaan (istilah bagi perbankan Islam) merupakan proses yang kompleks, rumit dan melibatkan kos yang besar. Ia bukan lagi isu peribadi (bergantung kepada pilihan masing-masing) tetapi menjadi tanggungjawab sebagai sebuah negara yang menjadikan kewangan Islam sebagai salah satu daya tarikan dan pusat pelaburan. Maka kita perlu sentiasa menilai dan menyelidik dalam sebarang isu, waima produk pembiayaan telah diluluskan oleh panel Syariah bank mahupun Majlis Penasihat Syariah BNM.
Isu kewangan Islam melibatkan banyak pihak berkepentingan; kerajaan (pembuat polisi), institusi (pengantara), pelanggan (pembayar), peguam (pemudahcara), sarjana/ulamak (pencetus isu) dan NGO (tempat mengadu). Keseluruhan aduan dan ketidakpuasanhati menjadi antara agenda PPIM dan NGO lain yang prihatin terhadap pelaksanaan oleh penyedia perkhidmatan kewangan Islam.
APA yang sering dikritik?
Tujuan produk-produk pembiayaan secara Islam adalah untuk mengelakkan riba (dari segala unsur, bentuk, penyerupaan, sistem dan segala macam yang ada kaitan dengannya).
Sebagai pusat hub halal, perbankan Islam sering memperkenalkan produk-produk yang dikatakan patuh syariah.
Harga rumah yang tinggi pada hari ini memang telah banyak diperkatakan.
Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) misalnya
telah tampil ke hadapan dengan satu kajian yang mendapati 60 peratus
kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu
memiliki rumah sendiri. Hakikatnya, harga rumah yang tinggi menyukarkan
kebanyakan orang untuk membeli sebuah rumah yang merupakan keperluan
asas. (sumber PPPIM).
Mungkinkah ini puncanya?
Setiap produk ada BFR (perbankan Islam) dan BLR(perbankan konvensional) yang digunakan sebagai tanda aras kadar keuntungan yang ditetapkan oleh bank. Mungkin ini puncanya kepada kritikan tersebut. Tapi, kemungkinan ini perlu kajian lanjut bersama dengan hujah-hujahnya.
Rajah menunjukkan kadar BFR & BLR dari bulan Jan-Dis 2013
Sumber: Bank Negara Malaysia 2014
Masih banyak ruang untuk dikaji bagi memajukan kewangan Islam.
No comments:
Post a Comment