20 October 2008

Tidak semua yang turun itu baik.


Hari ini KLCI penanda aras pasaran saham terus turun susut 28.78 mata ke paras terendah baru dalam tempoh 27 bulan.

Sementara itu jangkaan selanjutnya daripada Bank Negara ia akan menurunkan kadar faedah apabila pembuat dasar bertemu Jumaat ini, tetapi kemungkinannya adalah tipis untuk berlaku, kerana kita belum lagi menyaksikan kejatuhan paling serius dalam kegiatan ekonomi setakat ini, kecuali penurunan ketara dalam pasaran ekuiti.
Harga minyak juga terus turun

Tapi kita perlu ingat bahawa makin turun penanda aras ini makin kering kontanglah duit kita semua untuk melabur projek-projek yang memajukan rakyat sendiri.
Antara Indeks dunia...
DOW JONES INDUS. AVG 8,852.22
NASDAQ COMPOSITE INDEX 1,711.29

STRAITS TIMES INDEX 1,922.14
KUALA LUMPUR COMP INDEX 903.96

"Kemerosotan harga minyak sawit dan getah akan memberi kesan terhadap perolehan syarikat perladangan dan pekebun kecil kita," kata Menteri Kewangan. Datuk Seri Najib Tun Razak.

Harga minyak sehingga kini turun kepada AS$69.85/barrel (RM245)berbanding AS$147.27 pada 11 Julai lalu.

Ya memang seronok bila mendengar berita penurunan harga komoditi. Dalam masa yang sama kita mengharapkan barang-barang keperluan agar diturunkan serendah yang mungkin. Tetapi penurunan tersebut tidak banyak membantu mengurangkan masalah pengguna kerana ada para peniaga yang sering menaikkan harga walaupun untung sudah tergenggam di tangan. Ceritanya umpama lagu Bangau oh Bangau tak siapa yang mengaku bertanggungjawab dalam krisis ini.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Bro Rahisam,

Memang bukan semua yang turun itu baik, tapi penurunan harga minyak memang sangat diharapkan oleh rakyat marhaen.

Syukur, kerana kini harga petrol RM2.30/liter. Murah berbanding harga asal Jun lalu, RM2.70/liter, tetapi masih mahal jika dibanding dengan harga sebelum Jun, RM1.92/liter.

Harga saham? Entahlah. Rakan yang banyak melabur kontra dan spekulasi dah tak bercakap. Mana tidaknya, indeks BSKL lebih laju turunnya dari harga minyak.

Sabo jelah....

*Saya link blog sdr.