07 November 2008

Dunia baru AS dan Islam.


BARACK Obama bersama isteri dan dua anak perempuannya melambai ke arah penyokong semasa perhimpunan raksasa di Grant Park, Chicago, lllinois sejurus selepas memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat malam tadi.– AFP

Rahisam Ramli

PERHATIAN dunia kini tertumpu kepada bakal Presiden AS yang baru Barack Obama, 47, dari Parti Demokrat yang akan mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009.

Kini impian Obama untuk merasai kerusi empuk di White House telah tercapai. Sejarah pilihanraya AS yang penuh dramatik kerana melihat perbezaan yang seringkali dikaitkan dengan dua perkara:
1. warna kulit (Obama kulit hitam manakal McCain berkulit putih)
2. umur (Obama 47 tahun manakala McCain 72 tahun)

Benarkah petunjuk ini membawa maksud bahawa rakyat AS sebenarnya tidak melihat aspek fizikal sebagai ukuran mereka untuk memilih presiden mereka yang ke 44. Akhirnya keputusan undian telah pun menjadikan impian Obama sebagai Lelaki paling berkuasa dunia.

Sepanjang kempen pilihanraya ini, Obama kelihatan menampakkan usaha membawa dunia baru AS dan negara Islam seperti Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Sudan yang selama ini penuh ketegangan dan kemasukan tentera AS.

Apa yang terbuku di hati Presiden AS kali ini HANYA ALLAH SWT YANG TAHU. Kita masih berharap seperti mana pemimpin yang lalu agar AS membawa perdamaian, bukan permusuhan. Meneraju era kemakmuran, bukannya penghulu segala kejahatan. Kuasa sudah berada dalam genggaman, janganlah terus menjerat umat Islam. Obama impiannya menjadi realiti, negara Islam jangan digelar pengganas lagi.

AS tetap AS meskipun siapa Presidennya. Negara-negara Islam perlu membina kekuatan tanpa sempadan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Obama. AS tetap AS sampai bila-bila.

8 comments:

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Benar, selagi kita masih bergantung pada kuasa2 lain, sampai bila pun umat Islam takkan tinggi martabatnya.

Pada hal umat Islam diseluruh dunia mencecah lebih 1.2 billion, mana perginya????

Pok Li said...

Setiap kali berlaku perubahan kepimpinan di Amerika. Dunia mengharapkan Amerika akan berubah. Realitinya Amerika tetap Amerika. Siapa pun yang menang dasar luar negaranya tetap sama. Cuma tertarik nya bahawa selepas sahaja tamat pemilihan Presiden mereka 'berhenti' bercakap mengenai pilihanraya. Kita......????.

RAHISAM RAMLI said...

Salam pendekar-umat Islam ramai tetapi mentaliti gaya hidup barat sering dipuja-puja. Kadangkala lebih teruk dari barat.

Pok Li-andainya mereka lebih matang dalam pilihanraya, kita juga tak kurang hebatnya.

Mungkin kita bekerja untuk pilihanraya, bukannya pilihanraya untuk terus lebih kuat bekerja.

Anonymous said...

ya betul AS,tetap AS kita sebagai masyarakat islam tidak sepatutnya bergantung harap perubahan ketara yang boleh dilakukan AS dalam memartabatkan Islam...kita sebagai negara Islam perlukan kredibiliti sendiri untuk menjadi negara yang bergantung pada kakinya sendiri..sudah masanya negara islam bangkit dalam menjalankan kerjasama antara kita dan jangan pentingkan periuk nasi sendiri sahaja..bantulah sesama mukmin...

RAHISAM RAMLI said...

Salam jutawan-perkataan bantu memang mudah disebut tetapi sukar diaplikasikan. Mungkin kerana amalan membantu tidak memberi apa-apa imbuhan kepada diri sendiri. Sedangkan ianya sebagai timbal balas dari pihak lain dan kita pasti mengharapkan bantuan orang lain.

Anonymous said...

betul tu rasanya sekarang umat islam dari peringkat bawahan hingga ke pemimpin jarang membantu jika tiada kepentingan dan ada juga takut membantu kerana takut kehilangan sumber pendapatan,begitulah situasinya sehingga kita membiarkan pembunuhan masyarakat islam di Israel,ramai antara kita membantu melihat tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.....

Kembara Politik said...

Assalamualaikum.

Blog yang penuh dgn ilmu.

Saya mohon kebenaran utk letak blog saudara dlm blog list saya.

Kembara Politik

RAHISAM RAMLI said...

Terimaksih singgah diblog saya.Saya juga link blog saudara.Salam perkenalan