03 May 2009

Kerana binatang...


SAMAADA JE, Nipah atau selsema babi semuanya berpunca akibat mutasi virus daripada binatang yang sama. Apabila Mesir bertindak menghapuskan haiwan itu yang dilihat membawa mudarat kepada manusia, rupa-rupanya mengundang kebimbangan bahawa industri ternakan itu dilihat sebagai ancaman. Kini WHO menamakan wabak ini sebagai Influenza A pula dengan alasan kesan bahaya wabak bukan dari babi. Nama saintifik ini memanglah menyedapkan telingan yang mendengar, meskipun wabak ini sudah sampai ke tahap 5 bintang ( paling tinggi ialah 6).

Pada waktu yang sama kerana binatang juga menjadi pertelagahan manusia. Di Malaysia, kerana ayam yang mempunyai harga seperti saham yang adakalanya turun dan naik sangat tidak logik. KPDNHEP pula desak harga ayam diturunkan kerana kenaikan antara 40sen hingga 60 sen sangat ketara. Tetapi tidak diendahkan oleh persatuan penternak dengan alasan mereka yang tersendiri. Ada alasan seperti monopoli lesen permit import (AP) menjadi puncanya.

Kedua-dua kes di atas sama saja kerana binatang lah kita menjadi tidak tentu hala dan mula menyalahkan antara satu sama lain.

3 comments:

Anonymous said...

binatng......2
yang jaht semua binatang
tp binatng jugak yang manusia cari
tolok yang haram...

MAZEMIE MAZ said...

salam tuan,

jangan disebabkan binatang, ada pula sebilangan manusia yang bersifat kebinatangan...

Unknown said...

Salam Sdr Rahisam,

Lama tak singgah...sebenarnya nama asal tu memang tepat kerana menurut pakar dan saintis 4 drp 6 bahagian adalah daripada 'swine'. Cuma ditukar namanya nak menyedapkan hati sesetengah pihak dan industri.