26 December 2008

Suratan atau Kebetulan...Adik Akim nak sekolah.




Adik Akim (kiri) dan kakaknya..masa depan yang kelabu.


Hidangan ubi kayu goreng.


Bil sewa rumah yang tertunggak RM2050.00.


Sambal inilah makanan tengahari dan makan malam 9 ahli keluarga.

KEMBARA saya hari ni masuk hari ke 4 menemukan saya dengan keluarga seramai 7 orang anak. Anak-anak ini berumur daripada 20 tahun hingga 6 tahun.

Diringkaskan dalam perbualan itu, setiap kali masuk tahun baru pasti akan ada anak yang terpaksa ( keadaan wang yang cukup menyesakkan nafas) diberhentikan daripada sekolah.

Saya : Ni adik akim (anak yang bongsu) dah buat persiapan sekolah tadika?

Miskin : entahlah, itu yang sedang kami (Ibubapa adik akim) pikirkan.

Saya : Anak yang sulong (20 tahun) dah kerja?

Miskin : Dia berhenti masa Tingkatan 4, tak de SPM, sampai sekarang cari kerja. Sekarang ni pulak sedang sakit (...masih lagi disiasat oleh Doktor Pakar puncanya).

Saya : Rumah ni sewa macam mana?

Miskin : (...lalu ditunjukkan bil tertunggak sebanyak RM2050.00) kami berserah sajalah kalau kena halau.

Saya : Makan macam mana?

Miskin : Ni pun goreng tepung ubi kayu (..disediakan untuk saya). Hari ni sambal sajelah mampu disediakan.

Lalu saya minta izin pergi ke dapurnya melihat sendiri...ye memang itulah makanan 9 ahli keluarga ni..(dalam hati saya berkata, mana cukup ni untuk 9 perut diisi? Adik akim ( 6 tahun) pun makan sambal.

Adik Akim dah setahun diberhentikan minum susu tepung, keluarga mereka tak mampu. Sekarang ni adik akim minum susu tin pekat manis dicampur sedikit milo.

Adik Akim yang comel..sebaya anakku Mohd Irfan (beg, kasut, malah cuti ni pun hantar tuisyen...minum susu tepung pun berbotol-botol).

Tapi Adik Akim tak dapat macam tu, wajahnya manis masih tersenyum gembira ketika menyambut saya. Sebelum pulang saya bawa adik akim dan kakaknya pergi beli sedikit jajan di kedai runcit...(dia tidak banyak meminta, tetapi sukar memilih walau satu jajan pun). Adik akim moga kita berjumpa lagi...

5 comments:

DAMAI said...

teruskan usaha wahai khalifah Allah...

MAZEMIE MAZ said...

Salam Tuan Rahisam;
Untung nasib sudah ketentuan,
begitulah takdir dan suratan.
Keluhuran yang dicari
sekadar simpati diberi.

Nur said...

MasyaAllah,

bagaimana ini boleh terjadi di malaysia, yang mampu menghantar angkasawan ke bulan?

Afiq said...

Kasihan nasib saudara-saudara kita yang masih terpaksa menadah tangan di negara sendiri... Sudah berapa lama kita merdeka?

RAHISAM RAMLI said...

Salam Maal Hijrah. Saudara Damai-moga diberi kekuatan membantu mereka.
Saudara Mazemie Maz-simpati sahaja tak ke mana tanpa tindakan.

Saudari Fakhzan-anak-anak ini juga bercita-cita menjadi ikon seperti angkasawan..mungkin hanya impian semata.

Anakanda Afiq-ini ujian kepada si kaya juga, membantu sehingga ke akar umbi.